Thursday 2 June 2011

hukum karma!!!!!

Dalam kehidupan kita ni, semua orang akan bercinta. Aku, kau, dia, semuanya akan bercinta. Cinta bukan hanya terletak pada kekasih hati. Mungkin cinta kepada pencipta, mungkin cinta kepada ibu-bapa dan keluarga atau mungkin cinta kepada harta-kebendaan. Tapi dalam kes aku ni, nak cakap pasal percintaan bersama kekasih hati lah.

Mungkin ramai yang masih belum pernah bercinta. Samaada merasakan dunia percintaan hanya satu pembaziran atau mungkin masih belum bertemu insan yang bernama cinta. Ramai juga yang kata taknak bercinta sampai bila-bila atau mungkin tidak mahu berkahwin, tapi sebenarnya sebagai manusia yang normal, jauh tersimpan di lubuk hati perasaan cinta. Perasaan mencintai dan dicintai. Itukan lumrah yang Allah jadikan bukan? Sesuatu yang menyeronokkan bila kita tahu diri kita dicintai dan disayangi. Begitu juga betapa feeling'nya perasaan mencintai seseorang samaada insan yang di'impikan itu tahu atau tidak. Atau mungkin pura-pura tak tahu. Stalker!

Aku seorang lelaki dan mungkin korg ini lebih ramai wanita dari yang lelaki. Jadi aku tidak pernah berniat untuk melabelkan wanita sebagai sesuatu yang tidak enak. Ibu aku, kakak aku dan nenek aku juga seorang wanita. Jadi apa adanya untuk berbuat demikian?
Dalam kehidupan, aku dah lalui segalanya. Alam cinta monyet ketika sekolah, alam ketika study dan juga cinta di alam pekerjaan. Tapi di mana cinta sejati untuk menempuhi hari tua? Kalau berumahtangga untuk setahun dua buat apa kalau bukan mahu sampai ke hari tua? Aku kenal ramai lelaki yang mengaku diri mereka "Playboy" dan mungkin ber'bangga kerana memiliki ramai kekasih. Bagi aku, mereka itu masih belum cukup matang untuk kenal erti kehidupan. Mempermainkan hati orang lain sememangnya sungguh sedap tetapi bagi yang dipermainkan, bagai kaca yang berderai jatuh ke tanah.

Sebagai seorang lelaki yang super-setia, aku memandang kehidupan dan keasyikkan lelaki yang begitu selalunya tidak kekal lama. Apabila dia bertemu dengan insan yang benar-benar ingin dijadikan permaisuri hidup, pada masa itulah hukum karma bakal terjadi. Maka gundah-gulana'lah hati si Playboy mengenang pembalasan dunia yang diterimanya. Dan akhirnya, dari Playboy bertukar menjadi Gayboy. Selama ini aku mampu dapat seberapa ramai wanita yang aku nak. Mengapa bila hati aku betul-betul setia, begini jadinya? Mungkin itu perasaan si Playboy yang kini telahpun menjadi Gayboy sepenuh masa.

Hukum karma ini juga selalu jadi pada wanita. Seorang wanita kurus tinggi dan mempunyai kecantikkan luar biasa, mampu memiliki seberapa-ramai lelaki yang dia mahu walhal pada hakikatnya, kesemua lelaki itu hanya mahukan satu pada dia iaitu tubuh untuk dijadikan pelunas bil air yang kini sudah naik ke kepala. Wohha!

Bila hadir lelaki yang benar-benar ikhlas untuk hidup bersamanya, mungkin dia hanya memandang sebelah-mata atau mungkin tanpa sebelah mata sekalipun. Lantas bila dinodai suku-suku lelaki sampah di luar sana sehingga teragut'nya sebuah darjat yang dinamakan maruah, itu yang dikata pepatah, sudah jatuh baru nak terngadah. Nasi yang sudah menjadi bubur, mana mungkin mampu menjadi nasi semula dik oi! Dan kerana itulah, aku selalu dapat melihat ramainya wanita cantik yang ber'couple dengan pengkid. Bagi mereka, hanya wanita yang memahami hati wanita. Maka bertukar jugalah seorang Playgirl kepada Lesbian sepenuh masa.

Sememangnya dalam kehidupan, aku percaya hukum karma ini benar-benar wujud. Kerana Allah itu Maha Adil. Kepercayaan aku bukanlah pada kepercayaan hindu mengenai hukum karma, tapi bagi aku setiap apa yang jahat kita buat, pasti ada balasannya di dunia. Akhirat, nanti sendiri tahu. Semua orang pun tahu. Lelaki baik untuk perempuan baik dan begitu juga sebaliknya. Kalau benih tidak baik, masakkan mahu anak yang baik-baik? Ibarat menyemai benih, kalau benihnya sudah busuk, mana mungkin dapat hasil yang harum dan subur.

Bagi aku sebagai seorang lelaki, aku menganggap duit hantaran zaman kini yang bernilai selalunya lebih RM10,000 ibarat membeli anak dara orang untuk disimpan. Sama macam kau membeli sebuah TV LED untuk disimpan dan ditonton. Dan kadangkala aku terfikir, RM10,000 itu juga mungkin untuk membeli "dara"nya dan apalah harga bagi mereka yang tidak mempunyai dara lagi? Masihkah kau rasa diri kau hebat untuk menjadi Playgirl? Tidak......... 


p/s: buat baik berpada-pada, buat jahat skali skala.......





No comments:

Post a Comment

SCM Music Player - seamless music for your Website, Wordpress, Tumblr, Blogger.